| Country | |
| Publisher | |
| ISBN | 9786297662749 |
| Format | PaperBack |
| Language | Malay |
| Year of Publication | 2026 |
| Bib. Info | xvi, 240p. Includes Index |
| Categories | Religion - Islam |
| Product Weight | 400 gms. |
| Shipping Charges(USD) |
Keluarga merupakan nadi kesejahteraan bangsa yang menjadi teras kekuatan sosial, menghubungkan antara individu, masyarakat dan negara. Namun, dalam arus kemodenan yang serba canggih dan pantas, struktur dan nilai kekeluargaan semakin diuji, bermula daripada fenomena perkahwinan campur, perubahan peranan gender, hinggalah cabaran keganasan rumah tangga yang masih berlarutan. Buku Kemelut Perubahan: Naratif Keluarga Malaysia di Era Kemodenan ini menelusuri pelbagai dimensi kehidupan berkeluarga dari perspektif akademik dan Islam, menyingkap isu-isu semasa seperti hak dan martabat wanita, tanggungjawab suami sebagai qawwam, pendidikan anak-anak, penyusuan ibu dan pendidikan seksual berasaskan nilai syarak. (Islamic Sociology/Relationship)